Bahagian Wang Tak Dituntut (JANM)

Salam readers dan selamat menyambut hari Kemerdekaan

Okay hari ni nak share tentang Wang Tak Dituntut. Ala yang viral tu. Salah satu tempat yang famous untuk korang cek adalah di tingkat 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur.  Yang Madi cerita ni hanya cara cek saja, kalau cara nak tuntut duit tu, sorry, Madi tak tahu sangat.

Image result for menara maybank

Masa sebelum viral kat TV, tak ramai pun tahu kewujudan Bahagian Wang Tak Dituntut tu. Madi tengok ramai orang Cina yang datang ke sini. So selepas viral mestilah ramai yang tahu kan? Memang tak terkawal la selepas viral tu. Orang datang serbu kat Menara Maybank tu. Even time waktu rehat pun 1pm-2pm orang still ada kat tingkat 42 tu. 

 Ramai percaya yang nak cek wang tak dituntut ni ada tamat tempoh masa. Please jangan percaya sebab korang boleh cek bila-bila masa sahaja! Jadi sebab taknak ramai orang kat Tingkat 42 tu, Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD), Menara Maybank decide hanya 400 orang saja yang boleh datang cek. Kalau di cawangan lain, Madi tak tahu.

Isnin - Khamis
  • 300 untuk orang awam
  • 100 untuk Orang Kelainan Upaya dan warga emas berumur 60 tahun dan keatas
Jumaat
  • 200 untuk orang awam
  • 100 untuk Orang Kelainan Upaya dan warga emas berumur 60 tahun dan keatas
Di lobi Menara Maybank

Sebelum korang naik keatas, kena ambil nombor dan beratur. Kalau nombor dah habis, korang kena pulang la. Janganlah marah pekerja BWTD pulak ye sebab nombor dah habis. Tahun hadapan korang boleh cek online je. Tak perlu nak beratur sesak-sesak. 

Selepas dah dapat nombor dan sebelum naik ke atas, korang kena isi nama dan no ic di buku yang disediakan. Nanti pegawai akan terangkan kat korang semua. Kalau korang takde nombor dan kad yang diberi oleh pegawai BWTD, polis kat lobi tu takkan kasi korang naik.
Untuk pengetahuan korang, kanak-kanak tak boleh bawa naik atas ye. 



Orang beratur tunggu giliran di tingkat 42


Okay ini prodesur nak cek bila korang dah sampai di kaunter BWTD:
  • Seorang hanya boleh cek untuk diri sendiri saja. 
  • Bawa kad pengenalan original
  • Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, bawa sijil kematian, sijil kelahiran korang yang original dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris. (untuk anak yang nak cek untuk arwah ibu bapa)
  • Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, bawa sijil kematian, sijil perkahwinan original dan dokumen yg berkaitan (untuk suami atau isteri yang nak cek untuk pasangan sendiri)
Untuk yang duduk diluar kawasan Kuala Lumpur, korang boleh cek di Jabatan Akauntan Negara yang berdekatan di negeri masing-masing. Boleh cek lokasi JANM di sini: Cawangan JANM

(kalau nampak Madi kat situ, tegurlah hehe)

Jangan lupa share dan komen jika info ni bermanfaat untuk anda semua.

8 comments:

  1. kalau boleh check online alangkah bagusnya.. malas sungguh nak pergi bersesak macam tu tambah2 dgn anak kecil. Tak sangupppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kak awa boleh cek online start tahun depan :)

      Delete
  2. Harap2 tahun depan janm akan wujudkan satu website untuk check on9.lagi sng dan praktikal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janm tengah bina sistem tu. Tunggu je tahun depan

      Delete
  3. cepat sikit la sistem online. hehe. xsnggup nk tunggu giliran. kalau confirm byk duit xpa la. hheehhee

    ReplyDelete
  4. Mama tunggu system siapbla baru check. X daya nak beratur lama2

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.