Tips: My Skincare Ala Korean

Assalamualaikum readers. 

Salam Ramadhan untuk semua. Time bulan puasa ni, cuaca macam tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. So kat Malaysia ni, kita kenalah jaga kulit muka dengan betul. Lagi2 nak dekat raya ni. Semua orang mesti nak kan kulit muka yang bebas dari jerawat dan nampak clean je. 

Jadi, Madi akan share my Skincare Routine yang Madi dapat dari orang Korea sendiri. (Tengok youtube dan google). Sebelum korang nak beli sesuatu produk, kena kenal pasti dulu jenis kulit muka korang. Macam Madi, jenis kulit berminyak dan kering. Jadi apa jenis kulit korang?


Let's Get Started!
1) Cleanser (Pencuci Muka) Wajib

Madi gunakan produk Himalaya Purifying Neem Face Wash. Sebab utama Madi beli produk ni adalah:
  • Free from Paraben
  • Free from SLS/SLES
  • Free from Phthalates 
Ph face wash ni 5.5 mean memang sesuai untuk kulit muka manusia. Lelaki dan perempuan boleh pakai ok. Jangan risau. Korang boleh dapatkannya di Watson atau Guardian.

2) Scrub (Exfoliator) pakai sebelum tidur
Image result for St. Ives Oatmeal Scrub + Mask
Madi guna St. Ives Oatmeal Scrub + Mask. Korang boleh gunakannya sebagai scrub ataupun mask muka. 2 in 1 la orang kata. Jimat dah kat situ kan? Scrub ni kena 2 minggu sekali, jangan pakai setiap hari sebab nanti kulit muka korang lama2 akan rosak nanti. Kalau malas pun pakailah sekali seminggu. ^^

3) Toner 


Ketiga pula adalah toner. Madi pakai Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner.  Cosrx ni brand dari Korean yang memang famous and berkesan. So sebab tulah Madi beli. 

Toner sangat wajib untuk korang pakai lepas dah cuci muka. Jangan skip toner ye.
PH untuk toner ni adalah 3.9 (correct me if I'm wrong). Madi gunakannya pada waktu pagi dan malam pada setiap hari. Toner ni katanya boleh prevent whitehead dan blackhead. 
Beli di laman web Hermohttps://www.hermo.my/?referral=OHRORF

4)  Essence /  Serum 
Related image

Gambar real untuk Cosrx Advance Snail 96 Mucin Power Essence takde lagi sebab baru je order. Produk Snail ni sangat elok untuk cegah penuaan. Kalau untuk serum, korang boleh try Argan Oil serum tu atau apa2 jenis serum yang ada kat pasaran tu. Takpun, Madi cadangkan try brand dari Korea ni, Tiam C20 My Signature C-Source Serum. 
Beli di laman web Hermohttps://www.hermo.my/?referral=OHRORF


5) Face Mask (pakai sebelum tidur)
Image result for innisfree face mask
Harga untuk Innisfree face mask murah saja, RM4

Sebahagian face mask yang Madi ada.

Ini salah satu favorite brand Madi. Innisfree ni dah ada di serata Malaysia. Kalau kat KL ni ada satu kat SOGO dan lain-lain. Face mask ni Madi akan pakai 2 kali seminggu sebab dah scrub muka kan, so Madi pakailah face mask ni. 

6) Vitamin E Cream (Tak Wajib)


Produk keenam pula, Madi pakai Cosmoderm Vitamin E Cream 1,000 I.U. Kalau untuk produk ni ada 2, satu 1000 I.U, kedua yang 3000 I.U punya. 1000 untuk jerawat atau bekas jerawat yang biasa2 je, kalau 3000 ni mungkin untuk kulit yang ada banyak parut jerawat dan jerawat. Ia juga sesuai untuk kulit kering, anti scars dan dull skin. 

Kalau Vitamin E ni ikut la korang nak beli ke tak sebab serum pun dah membantu untuk pulihkan kulit korang. Sebab Madi takde serum, so Madi pakai Vitamin E ni, tapi bukan setiap hari. Madi pakai 2-3 kali seminggu.

7) Pelembab Muka (Moisturizer)
Image result for safi balqis pelembab



Ketujuh, Madi pakai 2 jenis pelembab muka.
Waktu siang Madi pakai Safi Balqis Lidah Buaya dan Habbatus Sauda. Krim Safi ni Madi akan pakai time nak keluar dari rumah. Kalau dalam rumah, kadang2 je pakai. Ikut kerajinan la nak pakai dalam rumah.
Pada belah malam pula, Pure Beauty Pudding Cream. Yang ni Madi pakai sebelum tidur. Boleh tengok full review Pure Beauty kat sini : REVIEW PUDDING CREAM

8) Sunscreen


Okay yang ini pakai time korang nak keluar rumah. Pakai dalam rumah or dalam office pun ok juga sebab kalau duduk depan komputer atau lampu pun ada UV ray juga. At least kena pakai suncscreen yang SPF 50+. Kalau korang taknak kulit korang burn, so memang kenalah pakai sunscreen ni. Madi guna produk Lip Hop SPF 80 PA+++. Boleh pakai kat muka dan badan. 

Jadi kesimpulannya siapa yang malas jaga kulit muka, kenalah mula dari sekarang. Mungkin bagi korang asal aku ni pakai banyak sangat produk? Ini semua sebab kita nak kan kulit yang sihat dan taknak nampak tua sebelum usia.

Produk ni semua boleh beli di Watson / Guardian / atau laman web Hermo: 

Jangan lupa share di Facebook / Twitter. Moga bermanfaat untuk korang semua. 







10 comments:

  1. Puding cream tk penah try lagi

    ReplyDelete
  2. banyaknya nak pakai untuk cantik T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, pakai yang asas je pun dah okay

      Delete
  3. I've been using St.Ives Scrub. both green tea and aprict. oatmeal tk try lagi. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, saya pulak tak try lagi green tea & apricot. Oat pun best pakai :)

      Delete
  4. Indah pun pakai cleanser from Himalaya tu, besttt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan best jee sbb dorang guna bahan natural

      Delete
  5. dapat hilangkan minyak? sebab kulit sy jenis berminyak 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Saya pun kulit jenis berminyak juga. Kurang sikit dah lepas ikut step tu

      Delete
  6. Assalamualaikum. Cosmoderm vitamin E tu cepat tak nampak kesan hilang parut & jerawat?

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.