Review: Samyang Cold Stir Noodle

Assalamualaikum readers.

Sejak menganggur ni, memang bosan. Jadi sebab ada banyak masa terluang ni, Madi nak share sikit makanan samyang dari Korea ni. Tapi bukan samyang yang biasa2 tu, tapi yang LUAR BIASA!

Samyang Cold Stir Noodle

 


Apa yang BEZA samyang biru dengan samyang merah?

Image result for Samyang

Perbezaan dia cara masak Ramen ni. Kalau yang merah masak je macam maggi Sedap tapi Ramen Biru cara masak dia mcm ni:

1. Rendam maggi dalam air panas
2. Dah masak tu, buang air panas tu, pastu basuh maggi tu dengan air sejuk (takde keje aku nak buat)
3. Campak segala sos Ramen tu ke dalam maggi

 

Perencah sama je macam Ramen Merah

Jadi, macam tulah caranya. Tapi Madi tak basuh dengan air sejuk sebab siapa yang nak makan maggi sejuk? LOL


Hodoh rupanya tapi sedap. Hahaha. Rasanya memang lagi pedas dari ramen merah. Menyengat lidah ni. 

Harga beli kat Giant: RM23 something. Oklah sekali sekala. Dari beli online, kena bayar harga post, tak ke nak dekat RM30+?

P/S: Siapa tahu ade kerja kosong kat KL ni? Kalau ada, pm tepi kat FB. 


3 comments:

  1. macam lagi leceh je cara nak buat samyang biru ni. huhu..siap kena basuh ngan air sejuk pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. kalau malas mcm saya ni tak payah basuh xD

      Delete
  2. Kita makan samyang yang hitam tu jer tak pernah cuba yang Ice tu hehehehe..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.