Tips: Gigi Bersih dan Sihat

Tempoh sesuai
- Berapa lama korang berus gigi? Kurang dari 1 minit? No no no. Ramai yang tak tahu tempoh masa yang betul untuk memberus gigi. Masa yang paling baik adalah 2 hingga 3 minit.

Jangan terlebih memberus
- Madi masa tu pergi jumpa doktor gigi and dia cakap "jangan guna ubat gigi banyak sangat" Hahaha, tau2 je. Sebabnya ia akan merapuhkan gigi serta menyebabkan kerosakan gigi. Berus dengan lembut and jangan buat kuat2 sangat. Tahu sangat ramai yang gosok gigi laju2. :P

Cara memberus gigi dengan betul
cara berus gigi, berus gigi
 - Berus gigi anda selepas setiap kali makan, jika boleh.
-  Berus gigi anda setiap pagi dan waktu malam sebelum tidur.
- Berus gigi pada sudut 45 darjah. Sentiasa letakkan berus gigi anda di pangkal leher gigi dan gusi. Gunakan cara memberus secara bulatan ke atas dan ke bawah dan mengurut gusi anda pada masa yang sama.
- Bersihkan setiap permukaan, pipi, lidah dan gigi.
Pilih Berus gigi yang sesuai
Pilih berus gigi yang betul, yang mempunyai berus lembut silang pangkah yang bulat. Berus gigi baik seharusnya membolehkan anda mencapai gigi yang paling belakang dalam mulut. Kerap tukar berus gigi anda, seelok-eloknya setiap tiga hingga empat bulan, lebih-lebih lagi apabila berus sudah pudar atau pecah.
berus gigi, cara penjagaan gigi
Sumber: SINI

1 comment:

  1. Kembang dah berus gigi dia, berus kuat sgt tu :P

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.