HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Sunday, 29 September 2013

Kucingku lebih tua dari adikku


5
Gambar hiasan

Hari ni saya nak bercerita tentang kucing saya.
Saya panggil dia nenek sebab dia memang dah tua.
Actually, dah layak dipanggil moyang sebab Nenek ni dah banyak kali lahirkan anak.
Kebanyakan anak2 Nenek ada yang dah mati, hilang.
Yang masih hidup sikit saja.
Nak tahu kenapa saya cakap Nenek lebih tua dari adik saya yang berumur 11 tahun tu?
Jom baca!

Saya pindah ke kawasan perumahan ni pada umur 3/4 tahun.
Masa tu adik saya tak lahir lagi..
Tapi mak saya cakap, Nenek dah lahir.
Bayangkan, sejak saya umur 3/4 tahun, Nenek dah ada.
Memang ajaib!
Sebab tulah saya taknak Nenek saya hilang atau mati sebab saya sayangkan Nenek!
Nenek sangat baik.
Nenek sanggup berlapar demi anak-anaknya.
Bila tiba waktu makan, dia tunggu anak2 dia makan, lepas anak2 dia dah kenyang, baru dia makan.
Saya tak nak tunjuk gambar Nenek sebab saya tak nak orang tahu macam mana rupa dia.
Baru taip pasal Nenek, Nenek dah mengiau panggil anak dia.
Hehehe, bye bye.
Sampai sini saja kisah kucing saya.
Read More...

Segmen gambar saya di illustration doodle oleh Alya Balqis Studio

Read More...

Kawaii Giveaway By Arina Azman


KLIK PADA BANNER

GRAND PRIZE FROM MY SHOP 
ANYTHING KPOP STUFF UNDER RM 30 by AH K-SHop
JOM JOIN ? :)

Hadiah yang saya pilih :
Topup rm5
  Exo Sling Bag

Read More...

Saturday, 28 September 2013

Kendalikan 3 fb

Saya ni peminat Ain Maisarah Novelis..
Mula2 tu just baca saja nobel beliau.
Lepastu, start form 4, saya dah aktif berfb ni, add lah Fasharina bt Tan Sri Hisham, salah satu watak dalam novel Ain Maisrah.. Alang2 dah jumpa satu watak, saya pun carilah watak lain.
Lepastu ada offer dari seorang admin ni untuk handle kan salah satu watak yang memang comel dan ajaib.
Dah ada peluang depan mata, mestilah terima kan??
Wahh, seronok sangat bila kita dapat kenal dengan peminat Ain Maisarah.
Start dari situlah, saya berkenalan dengan ramai peminat Ain Maisarah.
Tak kira umur, atau jantina.
Tapi kebanyakannya lebih muda dari saya.
Oh ye, orang yang suruh saya handlekan fb tu lebih muda dari saya.
Sekarang ni umur dia form 1.
Muda lagi kan?
and dia 100% Cina, tapi Islam.
Alhamdulillah!
Gaya percakapan dia pun tak macam budak darjah 6 masa tu.
Ingatkan dia lebih tua dari saya, last2 lebih muda..
Hahahahah!!

Start akhir tahun 2012, saya handlekan lagi satu fb.
Dari watak novel Ain Maisarah juga.
Tapi disebabkan tahun ni SPM, fb2 ni dah terbiar je.
kesian. Tapi sekarang ni saya sedang on salah satu watak ni.. =D

So, sekarang ni saya ada 3 fb, satu fb saya, 2 fb watak novel

Jom tengok videon ni..
Ada nama saya.. heheh
http://www.youtube.com/watch?v=RilyaQa4MgI
Read More...

Friday, 27 September 2013

1st GiveAway by Sheila Eiman

Read More...

Bahaya Syiah

Masa hari khamis, 26/09/2013 ada pelajar dari Kolej UIA datang kat sekolah saya..
Dia terangkn dan tunjuk video pasal Syiah ni.
Syiah n dah start menular kat Sri Gombak.. Sekolah aku pun berdekatan dekat Sri Gombak..
Huhuhu, aku harap Syiah ni dapat disekat dan ditunjukkan ke jalan yang benar..
Ok, aku nak terangkan faktor kemunculan fahaman syiah ni berdasarkan pamplet yang aku dapat.

Kewafatan Rasulullah
Terdapat sesetengah pihak berpendapat bahawa Saidina Ali lebih berhak menjadi Imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Sementara selain Syiah pula mengkaitkan pendapat ini dengan pandangan yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W.

Kemunculan Pergerakan Abdullah B. Saba' di Penghujung Zaman Uthman R.A
Abdullah B. Saba' adalah seorang yahudi dari Yaman dan pengasas gologan Syiah Al-Sabaiyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk Islam pada zaman Uthman R.A dan menjelajah ke kota2 Islam dalam percubaanya menyesatkan umat Islam.

Mungkin ada lagi faktor yang lain, tapi saya takdelah pakar sangat bab agama ni, jadi saya sampaikan apa yang saya faham saja. :)

Oh ya, Syiah ni pun ada arah kiblat dorang sendiri.
Ini gambar Kaabah dorang

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 12


Di video yang saya tengok, dorang buat kekacauan di Masjid Nabawi.
Bila hari apa eh? dorang meratapi pemergian Saidina Ali kut,
dorang pukul badan dorang sendiri sampai berdarah.
Malah, budak2 pun kena buat. Kesian dorang.
Dari apa yang aku ingat, darah yang keluar tu boleh menghapuskan dosa.

Syiah juga mengamalkan nikah mut'ah..
Ianya pernikahan yang dilakukan cukup dengan persetujuan lelaki dan wanita tentang upah dan tempoh, tanpa perlu wali dan saksi.

Kesimpulannya, Syiah ni tahu nak senang je.
Solat pun nak mudah, iaitu menjamakkan solat tanpa alasan tertentu iaitu Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.

Kalau ada orang nak sebarkan pasal Syiah ni, report saja kat pihak yang handle kan benda ni ataupun jauhkan diri daripada dorang ni..


Read More...

Saturday, 21 September 2013

Kejutan Untukku






















Semalam kawan aku ajak pergi open house kat rumah dia..
Actually, aku dah syak yang dorang nak buat surprise untuk aku.
Aku terdengar dorang cakap masa perhimpunan.
Dorang ingat aku tak dengar kut. Heheheh
Tapi hari ini aku buat tak tahu sajalah. Aku fikir yang hari ini memang ada open house..
Aku datanglah pukul 2.30 pm, masuk2 je takde makanan kat rumah dia..
Lepak kat dalam bilik dia.. Ada dua orang kawan aku kat rumah tu.
Satu tuan rumah, lagi satu bukan tuan rumah.
Aku tunggulah dalam bilik, and then dorang bawak sepotong kek coklat.
Oh, aku memang suka kek coklat!!!! Tapi aku tak suka aising..
Gomawo Mirzaa and Syakira.
Lepastu Syakira bawak masuk ayam yang besar.
Dari Rasamas kut nama kedai tu.
Abang dia kerja kat situ and dapatlah percuma..
Sedap!!
Kitorang makan sambil tengok movie kat rumah dia.
lepas habis makan, Mirzaa suruh aku buka kotak yang ada kat dalam bilik Syakira..
Aku tak syak apa2 pun sebab dorang kata dorang tak beli hadiah..
Aku pun takdelah kisah sangat pasal hadiah tu.. =)
Bila aku buka kotak tu, ada satu benda yang dibalut cantik.
Rupa-rupanya itu untuk aku..
Hahahaha, aku tak terfikir langsung kut ada hadiah kat dalam tu..
Siap tulis selamat hari lahir dalam bahasa Korea lagi!!
Aku buka and hadiah tu cawan yang cute sangat.
Ada 3 bentuk nasi yang berwarna-warni.
Dorang kata itu melambangkan persahabatan kita bertiga..
Sweet kan? Kan best kalau dapat suami macam tu.
Seriously, aku akan hargainya dan akan balas balik jasa korang kat aku..
Terima kasih, thank you, gomawo, arigatou ozamai (tak reti eja dalam bahasa Jepun)
Syakira ajak aku pergi tengok movie Detective Conan..
Waa, nak tengok. Tapi wayang yang ada movie ni kat Pavi je.
Itupun yang paling dekat.




Read More...

Wednesday, 18 September 2013

Sponsor Penipu!!

Dalam minggu ni, aku baru cek satu GA ni..
Aku menang dan dapat topup.
Aku pm sponsor ni kat fb.. Mula2 dia layan juga..
Tapi laa2, dia tak layan pun.. Buka balik fb tadi, dia deactive kan akaun dia..
Ngeh.. -_-
Baik tak payah jadi sponsor.. Huh..
Muka dah lawa, berhijab, tapi perangai, adoyai..
Dah dua kali terkena..
Read More...

Tuesday, 17 September 2013

Cara Penjagaan Kasut



1. Jika kasut tersebut daripada jenis kulit tulen, memadai membersihkannya dengan menggunakan berus lembut sahaja. Sebaliknya, gunakan kain lembut yang dibasahkan bagi membersihkan kasut daripada jenis sintetik.

2. Bagi mengekalkan bentuk kasut anda,pastikan kasut anda diletakkan pengeras kasut ketika disimpan.



3. Elakkan kasut kulit daripada terdedah kepada sinaran matahari yang keterlaluan kerana boleh merosakkan warna.

4. Biarkan kasut kering secara semula jadi tanpa sebarang objek pemanas atau sinaran matahari yang mana boleh merosakkan warna dan kualitinya.


Info
Nak mendapatkan saiz kasut yang tepat? Belilah kasut pada waktu petang kerana tapak kaki anda akan mengembang antara 5-8 peratus.
Read More...

Sunday, 15 September 2013

Menu Jejas Kesihatan



1. Roti canai
Satu kepin roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan 2 keping roti canai, jumlah berganda, iaitu 600 kalori. Untuk menghapuskan kalori sebanyak itu, anda perlu menaiki treadmill selama 90 minit untuk membakar kalori itu.

2. Nasi goreng
Biasanya satu pinggan menu ini mengandungi 630 kalori. Ini kerana nasi goreng ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng menu kurang seimbang. Kalau korang tambah lagi bahan lain, mesti lagi banyak kalori kan?


3. Aiskrim
Aiskrim memang yummy!! Tapi, aiskrim tinggi lemak dan gula serta kalori. Dua scoop aiskrim mengandungi 360 kalori.


4. Burger
Ia tinggi dengan kalori kerana bahan asas seperti daging kisar tinggi lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 470 kalori. Biasanya ramai orang yang suka letak mayonis, sos dan keju. Korang ada letak sayur tak?


5. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng memang sedap. Tapi, sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori.

6. Nasi lemak
Menu ini memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak kira pagi, siang atau malam. Tetapi, menu ini menggemukkan dan mampu mengundang penyakit kerana sepinggan menu mengandungi 450-500 kalori.

7.Susu pekat manis
Susui penuh krim ini kurang elok diambil setiap hari. Kandungan lemak tinggi walaupun ia ada sumber kalsium. Gantikannlah dengan susu kurang kandungan lemak atau rendah lemak.


8. Mayonis
Suku cawan mayonis yang sering dimakan bersama makanan fast food seperti nuget, mengandungi 360 kalori (40 gram lemak).

                                                                                          sumber : Berita Harian
Read More...

#Duo Giveaway By Amirah Azman and Safiena



Assalammualaikum dan salam sejahtera


TEKAN BANNER SEKARANG !!

#Duo
Giveaway By Amirah Azman and Safiena ' Disponsor oleh 

Tarikh Penting 
  • Mula Giveaway : 15 September 2013
  • Tamat Giveaway : 15 Oktober 2013 (Hari Raya Haji)
  • Pengumuman Pemenang : 19/20 Oktober 2013
6. Tinggalkan Link GA di Ruangan Komen ini SAHAJA.
Read More...

Saturday, 14 September 2013

First Giveaway CikNyoonyalita

Read More...

Majalah Remaja


don't give up photo: Don\'t give up 3f448049.gif
Tadi ada post tentang majalah Remaja..
Ada yang minta link page Remaja..
Terima kasih sebab komen.. ^_^
dan doakan saya tu.. Hehehe
ini link dia : Remaja
Cubalah pm, mungkin blog anda pun terpilih..
Tak salah mencuba kan??
Jangan berputus asa kerana di mana ada kemahuan, di situ ada highway!!
Tadi buka page Remaja, terjumpa ni.. Bacalah, khas untuk perempuan.. Hehehe
Baca

p/s : Sedang tengok Mohabbatein
Read More...

Hantar email kepada Majalah Remaja



Heheheh.. Saja je cuba pm page majalah Remaja. Admin page itu pun balaslah and dia bagi email.
Aku pun hantarlah email. Bagi link blog sekali.
Nak mencuba nasib..
Sebenarnya aku teringin nak blog aku disiarkan kat majalah Yezz..
Tapi disebabkan majalah Yezz sudah bergabung dengan majalah Remaja, aku pun beralih ke majalah ini..
Not bad lah majalah ini.
Banyak informasi yang bagus untuk Remaja di luar sana.
Harga pun berpatutan. Kadang2 majalah Remaja ada bagi benda dalam tu..
Aku pun sukalah.. Hahahahah...
Siapa yang tak pernah beli atau dengar nama REMAJA,
Bolehlah cuba beli..
Terbitan Karangkraf memang best untuk dibaca.
Majalah Hijabista, Yezz, Remaja, Bintang Kecil, Nona, Klik..
Itu antara majalah yang ada di bilik aku.. Banyakkan???
Harap2lah dapat masuk majalah Remaja.

P/S : Doakan saya dapat jawab dengan tenang dalam SPM nanti ya?
                          

Read More...

Friday, 13 September 2013

Miaw! Random GA By Syiera & Fatin Diana

Read More...

Semalam Hari Lahir Saya

Ehemmm..
diumumkan bahawa semalam adalah hari lahi saya..
bukan hari jadi ye.
disebabkan semalam aku tuisyen dan ayah aku kerja malam.
so, hari lahir saya sambut hari ni jelah..
teringin nak makan burger Mcd..
hehehe, rindulah..
lagipun hari rabu lepas, sehari sebelum hari lahir aku,
exam ADD MATH!
Paper 2 susah yang amat..
cikgu tuisyen kawan aku pun kata soalan tu susah.
harap2 masa SPM nanti soalan dia mudah..
Bolehlah skor.. Hehehe XD
Aku tak tua lagi okey!!
Masih muda lagi.. 
Wish me luck okey!
Terima kasih =D
Read More...