HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Wednesday, 10 May 2017

Pengalaman Kerja di Mood Republik - Vonaish -

Assalamualaikum readers. ^^

Hari ni baru rajin nak cerita pengalam kerja di Mood Republik kat PWTC. Mood republik diadakan 2 kali setahun di PWTC, satu sebelum raya dan lagi satu time bulan December.

Image result for mood republik pwtc 

Setakat ni Madi dah kerja sebanyak 3 kali sebagai Sales Assistant. Kerjaya ni bermula sejak 2015. Masa tu saja2 cuba sebab Madi ni bukannya banyak cakap pun time kat sekolah. Time kat kolej je tiba2 banyak cakap sebab kawan2 sekeliling mulut kepoh. (Sori geng kalau korang baca :P)

So first time kerja kat Vonaish. Alhamdulillah memang seronok sebab dapat jumpa orang baru and semuanya lagi tua dari Madi time tu. Kerja memang penat sebab kau asyik berdiri dan kau kena ada target sales. Kalau Vonaish target sale dalam sehari tu RM100. Memang berjaya dapatkan lebih dari tu hasil penat lelah dan berjalan satu PWTC semata-mata nak jual pin tudung. Ahaa, jangan pandang rendah dengan bisnes ni.

Mari tengok gambar bawah ni, Event ni start dari :  18 – 20 December 2015


Kau kena promote pin tudung ni sebab pin tudung ni lain dari yang lain. Dia tak rosakkan tudung / shawl, tak berkarat and ada warranty? Hehehe




 Dapat bergambar dengan Anne Ngasri depan booth


Yang ni shift petang. Start dari pukul 12pm hingga 12pm rasanya. 
Sehari sebelum start kerja kena datang sebab nak ambil baju and ada briefing sikit. Jadi setakat tu saja ye untuk malam ni.
Lagi 2 Madi sambung dalam entry lain. Bye. 

Kalau siapa yang teringin nak tengok pin Vonaish, boleh buka link kat bawah:

Read More...

Tuesday, 18 April 2017

Review: Samyang Cold Stir Noodle

Assalamualaikum readers.

Sejak menganggur ni, memang bosan. Jadi sebab ada banyak masa terluang ni, Madi nak share sikit makanan samyang dari Korea ni. Tapi bukan samyang yang biasa2 tu, tapi yang LUAR BIASA!

Samyang Cold Stir Noodle

 


Apa yang BEZA samyang biru dengan samyang merah?

Image result for Samyang

Perbezaan dia cara masak Ramen ni. Kalau yang merah masak je macam maggi Sedap tapi Ramen Biru cara masak dia mcm ni:

1. Rendam maggi dalam air panas
2. Dah masak tu, buang air panas tu, pastu basuh maggi tu dengan air sejuk (takde keje aku nak buat)
3. Campak segala sos Ramen tu ke dalam maggi

 

Perencah sama je macam Ramen Merah

Jadi, macam tulah caranya. Tapi Madi tak basuh dengan air sejuk sebab siapa yang nak makan maggi sejuk? LOL


Hodoh rupanya tapi sedap. Hahaha. Rasanya memang lagi pedas dari ramen merah. Menyengat lidah ni. 

Harga beli kat Giant: RM23 something. Oklah sekali sekala. Dari beli online, kena bayar harga post, tak ke nak dekat RM30+?

P/S: Siapa tahu ade kerja kosong kat KL ni? Kalau ada, pm tepi kat FB. 


Read More...

Thursday, 6 April 2017

Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan"


Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" di hasrulhassan.com, direalisasikan bersama aynorablogs.com, ummumarjaan.com, sitiyangmenaip.blogspot.my, sayaiday.blogspot.com, kitepunye.com, cikpinz.com, khatyaiman.com, dan unclezuan.com

Jawapan: Ahmad Hasif

Hasif bermaksud kemas atau rapi.
Kalau Ahmad pulak? Hmm, sebab saya suka orang yang bernama Ahmad hehehe.

Tahniah Tuan Hasrul Hassan dan isteri dapat baby baru and semoga anak-anak Hasrul Hassan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. InsyaAllah
Read More...

Wednesday, 22 March 2017

Pure Beauty: Pudding Cream Review ♥

Assalamualaikum readers. ^_^

Hari ni Madi nak review sikit produk yang viral kat Facebook tu. Jeng jeng jeng.

Nilah dia PINK by PURE BEAUTY.




Madi beli Pudding Cream sebab Madi takde moisturizer yang untuk malam punya. So, sebab ramai kata okay so beli jelah. Pink by Pure Beauty ni katanye sesuai untuk remaja ye. So dengan nekadnye nak beli jugak. Sebab malas nak beli kat Watson online tu (sbb kena bayar postage) so gigihla keluar cari Watson's store.



Banyak betul pilihan. Rambang mata weyh. Tapi beli satu je dulu sebab mahal jugak harga dia. Ni Watson kat Pasar Seni (Central Mall). 
Time dah balik dari Pasar Seni ni, waktu tu jugaklah Kim Jong Kook datang. Menyesal aku tak duduk situ lama2. 


Brand ni made in Korea (sebab tula Madi beli). Skincare dari Korean ni memang favourite Madi. ♥ Yang bagusnye produk ni, dia Paraben free, Lanolin free & Alcohol free

 
Jom tengok macam mana rupa benda ni


Color dia pink2 gitu. Lembut je kat kulit muka ni bila apply. Madi pakai setiap malam sebelum tidur. Mula2 pakai rasa hangat, tak tau kenapa. Tapi memang okay cream ni. 


Product Rating: 4/5

Lepas sebulan lebih pakai, memang suka giler dengan pudding ni. Mula2 beli macam mahal, tapi super jimat. Sekarang pun still penuh lagi cream tu. Pakai cream ni tak banyak dah jerawat muncul. Biar lambat hasil dia asalkan tak rosakkan kulit.

Sebelum ni pakai local product punya skincare, lepastu bulan 11 tahun lepas, tiba2 muncul jerawat. Lepastu stop la sebab tak percaya dah local product ni. Hasil cepat, tapi lama2 hampeh.

Nak tengok rice mask Korean yang bagus? Boleh tengok post ni: Rice Mask


--THIS IS NOT A SPONSORED POST---
Read More...

Saturday, 25 February 2017

Shopping at NU Sentral (Typo, Sword Art Online)


Assalamulaikum readers.

Disebabkan semalam, sabtu dah bosan yang teramat, Madi pergilah NU Sentral yang kat KL Sentral tu. Pergi sorang2 je sebab takde siapa nak teman + memang suka jalan2 sorang.

Sebab NU ni ada GSC, malam tu dah decide nak tengok Sword Art Online Ordinal Scale. Sebab takde geng perempuan yang minat anime ni, kenalah tengok sorang2.


          Rating: 10/10

Siapa yang tak tengok lagi movie ni, baik pergi tengok sebab feeling tengok kat cinema dengan online lain. 

Lepas dah habis tengok tu, jalan2 la satu NU tu. Madi dah aim nak pergi TYPO. 

CR: Kingsmen Malaysia










Harga agak mahal bagi student + penggangur macam Madi ni. Barang yang TYPO jual ni macam Tumblr stuffs la. Lawa sangat2. Siapa yang nak cari fairy lights, words yang ada lampu2 tu, Madi recommend kat sini. Harga tengok semalam untuk words lampu2 tu RM3O satu. Kalau tak faham jugak apa benda tu. Boleh usha gambar bawah ni:

Lepastu singgah Mc Cafe sebab cafe sedap2 belaka. 


Latte Caramel (Small)

Kalau singgah Mcdonal yang ada Mc Cafe ni, wajib beli satu. Tak kisahlah perisa apa kan. Actually teringin nak jadi Barista hehehe.




Read More...

Friday, 10 February 2017

Produk Korean, Bagus ke?

Assalamualaikum readers.

Hari ni nak share salah satu produk dari Korean. Sejak habis study ni, banyak betul jerawat keluar. Hmm, sedih giler. Susah jugak nak cari produk yang sesuai.

And one day, Madi suscribe Youtube Channel Joan Day, dia ni Korean. And dia ada syorkan a few products yang berkesan. So Madi try


Skin Food, Rice Mask Wash Off


Lama juga cari produk ni kat online, and at last jumpa juga. Madi beli kat Shoppe, and make sure yang ni 100 % original ye. 

Gambar kat bawah ni tekstur dia. Memang lembut and bau pun okay. Memang favorite la brand ni. And rice memang terkenal kalau bab2 nak cantikkan kulit. 


Product Rating: 4.5/5
Cara Pakai:
1) Cuci muka bersih2.
2) Pakai mask ni kat seluruh muka selama 15-30 minit.
3) And basuh dengan air suam.


Kelebihan lepas pakai:
Kulit memang lembut sangat2. Kalau Madi rajin, Madi pakai mask ni setiap hari atau 2 kali seminggu. Pakai sebelum tidur. Mask ni jugak elok untuk jerawat2 ni and sesuai kalau korang nak putihkan kulit muka tu.

Image result for skinfood rice mask

Actually Madi ada juga mask lain yang Madi beli. So stay tuned kalau nak tengok review mask yang lain2 tu. Bye.

--THIS IS NOT A SPONSORED POST---


Read More...